
Samsung Dan Panasonic Memperkenalkan Pemain Ultra-High Definition Blu-ray
TV 4K mampu memainkan kandungan digital definisi Ultra HD, namun sekarang ini fungsi tersebut sangat terhad kerana kandungan dan media Ultra HD yang terlalu sedikit. Namun senario itu tidak menghalang dua pengeluar besar produk elektronik untung membina peranti pemain media Ultra HD. Pada acara CES 2016, Samsung (UBD-K8500) dan Panasonic (DMP-UB900) masing-masing telah melancarkan peranti pemain Ultra-High Definition Blu-ray yang hadir dengan fungsi dan keupayaan yang lebih baik berbanding model-model sebelum ini. Peranti tersebut mampu mengubah skala video untuk tontonan yang optimum, namun video beresolusi rendah tidak akan memberikan kualiti yang terbaik. UBD-K8500 dan DMP-UB900 juga boleh disambungkan ke internet menggunkan WiFi dan hadir dengan pelayar web mereka sendiri, jadi anda juga berpelung menonton kandungan media dari servis sperti YouTube dan lain-lain.