Nokia 6 Sudah Mula Dijual Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM999

Semasa pelancaran Nokia 6 pada bulan Mei yang lalu, HMD Global menyatakan ketersediaan peranti ini di pasaran tempatan ialah pada pertengahan bulan Jun. Dalam masa yang sama, Nokia juga telah mengalami sedikit kelewatan dari tarikh yang dijanjikan. Kini, Nokia 6 mula dijual pada harga RM999 hadir dengan jaminan dari Nokia Malaysia.

Nokia 6 merupakan peranti Android pertama keluaran Nokia, ia didatangkan dengan paparan IPS bersaiz 5.5 inci 1080p Gorilla Glass. Memori RAM 3GB dan storan 32GB dijana oleh set cip sederhana Snapdragon 430. Sistem operasi Android terbaru turut membantu pemprosesan gambar pada kamera 16 Megapiksel selain terdapat juga sokongan PDAF dan dua tona flash di kamera belakang. Manakala, kamera depan 8 Megapiksel pula menyokong fungsi Autofocus.

Jika anda berminat, Nokia 6 boleh mula dibeli dengan harga RM999 bersama jaminan tulen dari Nokia Malaysia.

You might also like