Rangkul Gelaran Juara Di Kejohanan Predator League 2020 Malaysia PUBG, Battle Arena Elite Bawa Pulang Wang Tunai RM10,000!

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Pasukan Battle Arena Elite mempamerkan aksi mantap apabila berjaya merangkul gelaran juara di Kejohanan Predator League 2020 Malaysia PUBG yang berlangsung di Battle Arena, hari ini.

Kejayaan ini sekaligus menyaksikan pasukan Battle Arena Elite berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan Predator Aethon 300 Gaming Keyboard. Selain itu, mereka juga berjaya menempah ke tiket kejohanan akhir Predator League Asia Pacific 2020 yang akan berlangsung di Filipina pada Februari 2020!

Seterusnya, tempat kedua pula dimenangi pasukan GeekFam dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM5,000 berserta Predator Galea 350 Gaming Headset. Manakala, tempat ketiga pula adalah pasukan Boss Gold dengan bawa pulang hadiah berjumlah RM3,000 dan Acer E300 True Harmony Earphone. Tahniah, diucapkan buat semua para pemenang!

You might also like