Google Photos Kini Menawarkan Ciri Cadangan Arkib

Google Photos disahkan mendapat ciri simpanan foto ke dalam arkib pada masa terdekat ini. Pengesahan ini dilakukan di laman sosial rasmi Google Photos di Twitter pada 3 Jun yang lepas.

Fungsi ini membolehkan anda menyimpan atau menyembunyikan kandungan gambar daripada menu utama pada aplikasi tersebut. Selain itu, ciri cadangan ini secara automatik akan mengesan dan mencadangkan gambar yang perlu anda simpan di arkib, yang mudah difahami ialah gambar yang sudah lama tidak dibuka.

Kemas kini ini sudah dikeluarkan tetapi ia akan mengambil masa untuk diterima oleh semua peranti Android dan iOS.

 

You might also like