- Iklan -

Nokia 9 Hadir Dengan Snapdragon 835 dan RAM 4GB?!

- Iklan -

Melalui laman rasmi Antutu.com, ujian Benchmark yang dijalankan bagi model peranti Nokia TA-1004 (Nokia 9) mengandungi maklumat seperti cip pemproses Snapdragon 835, cip grafik Adreno 540, RAM 4GB, dan juga storan 64GB.

Selain itu, ia turut memaparkan jenis paparan yang digunakan iaitu beresolusi 1440 x 2560 (2K) bersaiz 5.3 inci menjadikan ia lebih kecil berbanding Nokia 6 yang dilancarkan sebelum ini.

Nokia 9 juga menggunakan kamera 13 Megapiksel di bahagian depan dan belakang, tidak mustahil menyokong rakaman video berkualiti 4K mengikut paparan QHD yang disediakan. Kemunculan flagship dari jenama terkenal ini dikhabarkan akan dilancarkan sama ada bulan Julai atau September tahun ini.

Mengikut spesifikasi yang dinyatakan, peranti ini mungkin akan dijual dalam lingkungan harga RM2,999 sehingga RM3,199 selepas tukaran mata wang asing.

- Iklan -

You might also like