
Sempena meraikan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-59, Lazada Malaysia dengan sokongan jenama popular seperti McDonald’s, Milo, Tesco, Grab, AirAsia BIG dan juga Universal Music telah mengadakan ‘Jualan Perpaduan’ untuk pengguna di negara ini. Bermula dari 25 hingga 31 Ogos 2016, kempen ini telah diadakan oleh Lazada dalam usaha untuk menyediakan pelbagai tawaran terbaik dalam cara yang unik untuk pengguna Malaysia.
Tidak kira ada gemarkan makanan, membeli-belah atau peminat muzik, kempen ‘Jualan Perpaduan’ ini menawarkan sesuatu untuk setiap orang dengan diskaun mencecah sehingga 83%. Apa yang uniknya tentang kempen pada tahun ini, pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran hebat untuk produk dan juga perkhidmatan yang kebanyakannya mewakili enam elemen utama yang menjadikan anda sebagai seorang anak jati Malaysia.


