LG Q8 Diperkenalkan Dengan Paparan 5.2 Inci QHD – Adik Kepada LG V20

LG baru sahaja mengumumkan ahli baru dalam keluarga siri Q yang diberi nama Q8. Rekaan luar yang mirip seperti model V20 ini dilengkapi dengan paparan QHD berukuran 5.2 inci bersama-sama paparan kedua di bahagian atas bersebelahan dengan kamera depan.

Perkakasan dalaman yang hadir dengan set cip Snapdragon 820 memori RAM sebesar 4GB serta ruang storan sebanyak 32GB dikatakan sebuah model flagship LG tahun ini. LG Q8 ini dioperasikan oleh Android 7.0 Nougat serta mendapat bekalan kuasa daripada bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, sistem dwi kamera utama menyediakan lensa 13 Megapiksel f/1.8 serta lensa sudut lebar 8 Megapiksel f/2.4. Manakala, kamera depan 5 Megapiksel f/1.9 mampu merakam video berkualiti HD penuh.

LG juga memuatkan panel Corning Gorilla Glass 4 di skrin depan disamping menyediakan slot tambahan kad microSD. Menariknya, paparan kedua yang diletakkan mempunyai resolusi setinggi 160x 1040px sama seperti model LG V20 sebelum ini.

Peranti yang berbadan logam ini lengkap dengan ciri kalis air dan debu IP67 akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan. Harga pula dijangka melebihi RM2,500 seunit.

You might also like