Sertai Peraduan Samsung, “Mirror Mirror Me” & Menang Trip Ke Korea

Perhatian kepada para pencinta kecantikan sekalian!

Anda ingin menjadi sebahagian daripada penonton program kecantikan terkemuka Korea di samping mempelajari teknik solekan daripada pakar dan selebriti kegemaran??? Jika jawapannya ya, inilah peluang anda!

Samsung Malaysia hari ini melancarkan peraduan fotografi yang dinamakan “Mirror Mirror Me” di mana memberi peluang kepada anda untuk menjadi “Better Girl” dalam rancangan realiti terkemuka Korea Selatan iaitu ‘Get it Beauty’! Peraduan ini bermula daripada sekarang sehingga 21 Oktober 2018.

Menarik kan?! Pasti anda teruja sangat-sangat! Bagaimana nak join? Ikuti beberapa langkah mudah di bawah :

Langkah 1 : Ambil selfie atau video anda di hadapan cermin dengan cara yang paling unik dan kreatif menggunakan peranti pintar Samsung Galaxy.

Langkah 2 : Kongsi gambar atau video berkenaan ke laman Instagram dan lengkapkan entri tersebut dengan kapsyen yang paling menarik.

Langkah 3 : Sertakan hashtags ini: #BetterGirlsMalaysia #BetterYou #WithGalaxy #GalaxyFanWeeks dan kemudian tag @SamsungMalaysia supaya posting anda dapat dilihat.

Langkah 4 : Tag seorang rakan yang anda ingin berkongsi pengalaman bersamanya!

Pemenang bertuah peraduan ini bakal menerima percutian selama 4 hari, 3 malam ke Korea Selatan dan menjadi ‘Better Girl’ di rancangan realiti ‘Get it Beauty’ bersama pelakon Jung Hae-In!

You might also like