
Rekaan Google Pixel 2 XL Muncul?!
Huawei bukan lagi mengalas tanggungjawab menghasilkan peranti Google, tetapi LG pula yang telah mengambil alih tugas. Selain, artikel sebelum ini juga sudah mengupas serba sedikit maklumat tentang telefon pintar Google Pixel 2 XL. Khabar terbaru yang diterima dari media barat ini menguatkan lagi bahawa syarikat dari Jepun ini benar-benar terlibat bersama Google.
Pandangan pertama melihatkan peranti ini seiras dengan model adiknya Google Pixel XL yang dilancarkan tahun lepas. Di samping itu, panel depan akan disatukan bersama paparan AMOLED 6 inci dengan nisbah 18:9 yang semakin popular digunakan oleh LG. Lebih-lebih lagi, perlu dingatkan bahawa banyak perubahan dalaman telah dibuat pada model 2017 ini.
Bukan sahaja paparan yang hampir tiada bingkai, panel gelas depan juga dibuat melengkung supaya rekaan nampak lebih futuristik. Di bahagian belakang, Google Pixel 2 XL masih lagi mengekalkan identiti dengan gelas di bahagian atas tetapi kali ini lebih kecil berbanding terdahulu. Agak menyedihkan, sistem kamera masih lagi tidak ditukar kepada dwi kamera, sekaligus pengalaman penggambaran menjadi terhad.
Seterusnya, pengimbas cap jari telah diletakkan di bahagian tengah belakang dan bukan di sisi tepi atau di depan. Apa yang menarik, peranti ini akan mendapat fungsi ‘perah’ seperti yang terdapat pada HTC U 11 khas untuk membuka aplikasi seperti Google Assistant.
Rekaan ini masih belum disahkan dan tarikh pelancaran mungkin akan berubah.

