Messenger Kids – Aplikasi Permesejan Khas Untuk Kanak-kanak

Facebook kini hadir dengan aplikasi khas untuk pengguna kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun, dikenali sebagai Messenger Kids. Sama seperti platform Messenger yang sedia ada, cuma untuk Messenger Kids, ibu bapa boleh memantau siapa yang sedang berinteraksi dengan anak-anak mereka.

Dibangunkan dengan tujuan untuk mengurangkan ancaman keselamatan dari mereka yang tidak dikenali kerana kita seringkali lihat terdapat banyak kes pihak yang tidak bertanggungjawab memperdaya kanak-kanak melalui platform pemesejan ini.

Menerusi Messenger Kids, kanak-kanak juga dapat berhubung dengan ahli keluarga serta rakan-rakan dalam persekitaran yang lebih selamat dengan pemantauan dari ibu bapa.

Lebih selamat, hanya kenalan sahaja yang dibenarkan menghantar mesej serta membuat panggilan video ke profil Messenger Kids tersebut. Aplikasi ini turut disertakan dengan pelbagai pelekat, emoji, penapis dan bunyi latar yang sesuai digunakan oleh pengguna cilik.

Buat masa sekarang, Messenger Kids hanya ditawarkan di Amerika Syarikat dan akan diperkenalkan ke negara lain secara berperingkat.

Sumber : Facebook

You might also like