Semua Saluran Astro Boleh Ditonton Sepanjang OGOS?!

ASTROAstro yang terpilih sebagai jenama popular di Putra Brand Awards buat kali ketujuh berturut-turut mengumumkan akses percuma ke lebih dari 150 salurannya kepada semua pelanggannya. Ia sebagai menghargai kepercayaan peminat yang membolehkannya merangkul anugerah emas dan semua saluran ini turut boleh di akses menerusi aplikasi Astro on the Go di peranti iOS atau Android anda.

Tontonan secara percuma di semua saluran Astro ini bermula dari 13 Ogos sehinga 31 Ogos 2016. Tunggu apa lagi, saksikan semua siaran terutama lintas langsung Olimpik Rio 2016, serta Liga Perdana Inggeris yang baru bermula. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Astro atau follow sahaja mereka di Facebook dan juga Twitter.

 

 

You might also like