Google Tawarkan Inovasi Terbaru Dalam Pengiklanan Video Pada Aplikasi

Bagi peminat tegar permainan video pada telefon pintar pasti sudah terbiasa menonton klip video iklan untuk mendapatkan koin atau nyawa tambahan kepada karakter anda. Klip video tersebut merupakan ciri pengiklanan dari AdMobs Google untuk pencipta permainan video.

Usaha Google semakin rancak dalam memperkenalkan video iklan dalam aplikasi yang dikenali sebagai ‘rewarded ads’. Google juga memperkenalkan rangkaian pengguna yang sama kepada Universal App Campaign (UAC) untuk memudahkan pencipta permainan video untuk mencari kumpulan pasaran yang mempunyai minat yang sama dengan pemainan sedia ada.

Terbaru, Google bakal memperkenalkan dua bentuk ‘rewarded ads’ iaitu ‘playable ads’ dan ‘multiple-option video ads’. Melalui pendekatan ini, pengeluar bukan sahaja boleh mengaut keuntungan melalui permainan tersebut, malah juga dapat memastikan para pemain tidak merasa terganggu dengan iklan tersebut.

Sekiranya anda merupakan individu yang terlibat di dalam industri ini, kehadiran fungsi terbaru ini pastinya berita baik.

You might also like