Harga vivo V5 Dikurangkan Lagi – Kini RM1,099

Jika dahulu rakan karib boleh dikatakan rakan setugas di tempat kerja, jiran sebelah rumah, kawan sekolah lama mahupun mamak di kedai makan. Kini, jangan disangkal sebenarnya alat peranti yang anda sedang pegang ini sebenarnya rakan karib anda yang paling hampir. Mana tidaknya, setiap minit anda perlukannya untuk menyemak notifikasi, memuat naik status malah mengambil gambar.

Hasil gambar dari vivo V5

Oleh itu, vivo V5 amat sesuai untuk dijadikan rakan karib anda kerana ia mampu melakukan segala tugas dengan baik, dan yang paling penting sekali ciri kamera depan yang menawarkan sensor 20 Megapiksel, dibantu ciri Selfie Softlight menambahkan lagi seri di wajah bak selebriti. Manakala kamera belakang 13 Megapiksel sesuai merakam pelbagai persekitaran tidak kira siang atau malam.

Reviu Eksklusif: vivo V5, Perang Selfie Semakin Sengit

Seterusnya, proses memuat naik lebih lancar dengan kehadiran cip pemproses MediaTek MT6750 dengan kelajuan 1.5GHz serta RAM sebanyak 4GB. Penyimpanan fail boleh dimuatkan di dalam storan seluas 32GB, juga mampu ditambah dengan kad microSD sehingga 128GB.

Vivo telah menurunkan harga vivo V5 sebanyak RM100, menjadikan harga terbaru yang disyorkan adalah RM1,099. Anda yang berminat, boleh melangkah masuk ke kedai vivo yang sah seluruh negara termasuk beli di laman e-dagang Lazada.

You might also like