Sony Xperia XZ Dan Xperia X Performance Menerima Kemas Kini Keselamatan Terbaru

Jika anda salah seorang pengguna peranti Sony Xperia XZ dan Xperia X Performance, kini Sony mengeluarkan satu kemas kini terbaru yang membawakan patch keselamatan versi 41.2.A.7.35 yang bertarikh 1 Julai 2017.

Sony Xperia X Performance

Kemas kini ini juga akan menawarkan ciri-ciri perisian baru malah dapat mengoptimumkan prestasi peranti, selain tiada maklumat lanjut yang dipaparkan.

Sony Xperia XZ

Seperti kebiasaan, kemas kini baru yang dikeluarkan tidak akan pop up pada ruang notifikasi, melainkan pengguna harus menyemak di halaman tetapan dan muat turun secara manual.

You might also like