
Bersama-sama pelancaran ASUS ZenFone Max Pro (M1) di Kuala Lumpur, ASUS Malaysia juga menawarkan ZenFone 5 kepada pengguna tempatan. Ia sebuah peranti ala-ala premium yang hadir dengan skrin bertakuk dengan sistem dwi kamera pada harga RM1,299. Pengguna yang berminat, boleh membuat pra-tempahan eksklusif di Lazada bermula 4 Jun 2018 ini.

Tidak lagi menggunakan cip berasaskan Intel yang ‘panas’, telefon ini diberikan nafas baru melalui cip pemproses Qualcomm Snapdragon 636 sama seperti adiknya ZenFone Max Pro (M1). Bagaimanapun, apa yang meletakkan ZenFone 5 berada di tangga lebih atas ialah kapasiti memori ditingkatkan kepada 4GB RAM dan 64GB storan.
Pemproses Kryo lapan-teras ini dijana oleh bateri 3,300mAh yang juga menyokong pengecasan pantas (5V/2A) melalui sambungan USB Type-C. Tubuh badan pada peranti ini dibina berasaskan kaca malah ia menyediakan slot untuk kad microSD sehingga 400GB.
Di sebalik lensa penggambaran, terdapat dwi kamera gabungan sensor 12 Megapiksel f/1.8 dan 8 Megapiksel f2/0. Sementara pada kamera depan, ia disertakan dengan kamera 8 Megapiksel f/2.0 bersama penstabilan imej elektronik (EIS).
ZenFone 5 tidak lengkap tanpa pengimbas cap jari selain turut membawakan sistem keselamatan Face Unlock di takuk atas skrin. ZenFone 5 dipasarkan dengan dua warna menarik iaitu Deepsea Blue dan Meteor Silver pada harga RM1,299.
Spesifikasi
- 6.2” IPS LCD 2246 x 1080p 19:9 FullView
- Android 8.0 Oreo / ZenUI 5.0
- Qualcomm Snapdragon 636 Kryo 260
- 4GB / 64GB
- Memori kad sehingga 400GB
- Dwi kamera 12 MP f/1.8 + 8MP f/2.0 PDAF, EIS, dwi-LED flash
- Kamera depan 8 MP f/2.0 EIS
- Dua speaker audio / bicu audio 3.5mm
- 3,300mAh USB Type-C
- Bluetooth 5.0 / Radio FM
- Face Unlock / Pengimbas cap jari
- 153 x 75.7 x 7.9mm
- 155g


