
Moonton yang juga pemaju Mobile Legends : Bang Bang mengumumkan bahawa telah mengadakan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Diamond Challenge (MDC) untuk pemain Malaysia dan Singapura.

Kejohanan ini dijayakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk UniPin dan MET Malaysia. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan – sebanyak USD3,200 menjadi taruhan. Butiran kejohanan adalah seperti berikut :
| Butiran | Tarikh |
| Pendaftaran | 04 Februari – 17 Februari 2019 (Online) |
| Kelayakan | 19 Februari – 24 februari 2018 (Online) |
| Pertandingan | 25 Februari 2019 (Online) |
| Grand Finals | 26 Februari 2019 (Online) |
Kejohanan ini bakal menampilkan sebanyak 512 pasukan dan 8 teratas akan berentap di Playoffs – kejohanan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi, Mobile Legends Bang Bang. Maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi : Mobile Legends: Bang Bang dan MET Malaysia.

