
Selepas WhatsApp memperkenalkan fungsi “Stickers” pada Oktober yang lalu, akhirnya fail kemaskini terbaru diedarkan baru-baru ini dengan fungsi “Reply Privately” diperkenalkan.
Fungsi ini seumpama “Private Message” atau lebih dikenali sebagai “PM” yang sering digunakan orang ramai, namun kemaskini kali ini lebih praktikal di mana fungsi tambahan ini lebih memudahkan anda membalas mesej secara berasingan terus kepada ahli kumpulan yang ada dalam group chat tertentu.
Versi iOS hanya perlu menekan nama yang anda ingin membalas mesej berasingan dalam group chat tersebut, dan pilih “Reply Privately”. Versi Android pula sama seperti iOS, pilih nama yang ingin membalas mesej, kemudian tekan “tiga titik” pada bahagian kanan atas dan pilih “Reply Privately”.

____________________________________
Artikel Berkaitan:
- Nak Buat Sendiri Pelekat Di WhatsApps? Ini Caranya…
- 6 Pilihan Stickers WhatsApp Popular Boleh Dimuat Turun Dari Google Play Store!

