IFA 2018 : Wiko Perkenal 3 Telefon Pintar Baru Pada Harga Rendah

- Iklan -

Wiko nampaknya tidak ketinggalan untuk berdiri di pentas IFA 2018 yang berlangsung di Berlin. Di pentas berkenaan, Wiko telah memperkenalkan tiga telefon pintar baru: View2 Go, View2 Plus dan Harry2.

Wiko View2 Go

Ditawarkan dengan warna Anthracite, Deep Bleen, Cherry Red dan Supernova, Wiko View 2 Go menawarkan skrin penuh bersaiz 5.93 inci HD+ dengan nisbah 19:9. Model ini dilengkapi oleh cip pemproses Snapdragon 430 Octa-core 1.4GHz, 3GB RAM dan 32GB ROM, serta kapasiti bateri 4,000mAh.

Melengkapkan lagi peranti ialah kamera belakang resolusi sebesar 12 Megapiksel (sensor Sony IMX486) dan kamera hadapan 5 Megapiksel. Peranti Android Oreo ini dijual pada harga 159.99 euro (kira-kira RM767).

Wiko View 2 Go

 

Wiko View2 Plus

Peranti ini juga didatangkan dengan paparan skrin penuh bersaiz 5.93 inci, dilengkapi dengan kekuatan cip pemproces Qualcomm Snapdragon 450 Octa-core 1.8GHz. Berbanding dengan View2, memori penyimpanan peranti ini adalah 64GB dan disokong oleh 4GB RAM.

Ciri-ciri lain termasuk bateri 4,000mAh, kamera belakang resolusi sebesar 12 Megapiksel (sensor Sony IMX486) dan kamera hadapan 5 Megapiksel, pengimbas cap jari dan pengecaman wajah. Peranti ini tersedia dalam 3 pilihan warna iaitu Anthracite, Gold
dan Supernova, akan dijual pada harga 249.99 euro (kira-kira RM1199).

Wiko View2 Plus

 

Wiko Harry2

Peranti satu lagi Harry2 hadir dengan skrin bersaiz 5.45 inci dengan nisbah 16:9 yang direka khas untuk digunakan hanya dengan satu tangan, terutamanya ketika melayari rangkaian sosial. Model ini juga dilengkapi dengan cip pemproses Quad-core 1.3GHz bersama 2GB RAM dan ruangan storan 16GB yang menyokong microSD sehingga 128GB.

Peranti ini memiliki kamera hadapan resolusi sebesar 5 Megapiksel dan belakang 13 Megapiksel dengan f/2.0 aperture, mempunyai kapasiti bateri sebesar 2900mAh dan sokong sistem pengecaman wajah. Tiga warna disediakan iaitu Anthracite, Gold, Bleen dan Cherry Red, dijual pada harga 199.99 euro (kira-kira RM959).

Wiko Harry 2
You might also like