Keupayaan Penggambaran Malam Hebat? Zoom Hingga 60 Kali? OPPO Reno 10x Zoom Ada Semuanya!

1145
- Iklan -

OPPO baru sahaja muncul dengan pewaris baru di bawah keluarga Reno iaitu OPPO Reno 10x Zoom pada 27 Mei lalu. Kemunculan peranti ini dilihat mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang mengagumi akan keupayaannya.

Disertakan sejumlah ciri fotografi cemerlang seperti sokongan 10x zoom hibrid bersama lensa sudut lebar hingga 120 darjah, Ultra Nightmode 2.0 dan keupayaan zoom sehingga 60x, peranti ini dilihat berpotensi mengubah norma dunia fotografi mudah alih.

Memang menakjubkan, sokongan 10x zoom pada peranti ini dibina dengan tiga kamera utama berkuasa luar biasa : 48MP (utama) + 8MP (Wide Angle) + 13MP (telephoto) – meliputi segala tembakan termasuk sudut lebar, penggambaran malam dan pelbagai senario lain.

Kamera 8MP (Wide Angle) pada OPPO Reno 10x Zoom sememangnya menakjubkan kerana ia memperluaskan pandangan ke sudut yang lebih luas – boleh meluaskan perspektif sehingga 120 darjah dengan hanya satu klik.

Lebih menarik, OPPO Reno 10x Zoom juga dilengkapi Nightmode 2.0 – ciri yang memanfaatkan keupayaan AI, HDR dan multi-frame noise reduction bagi menghasilkan imej terbaik walaupun dalam pengcahayaan rendah.

Pun begitu, titik utama OPPO Reno 10x Zoom terletak pada keupayaan 60x zoom. Tidak kira daripada sudut mana sekalipun, peranti ini pasti menciptakan kenangan yang sempurna – walaupun jauh beribu batu, peranti ini pasti membawa dunia dekat!

Sekadar makluman, OPPO Reno didatangkan dengan dua model iaitu OPPO Reno (Standard) & OPPO Reno 10x Zoom. Kedua-dua peranti kini telahpun ditawarkan di pasaran tempatan pada harga berikut :

MODEL HARGA
OPPO RENO (STANDARD) RM 1,999
OPPO RENO 10X ZOOM RM 3,399

 

Lebih menarik, pra tempah OPPO Reno 10x Zoom telah pun bermula SEKARANG hingga 17 Jun 2019. Setiap pra tempahan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM877 termasuk Gimbal stabilizer (RM599) dan jaminan waranti tambahan + perlindungan skrin percuma selama setahun (RM139 setiap satu).

Bagi yang berminat, anda boleh memilikinya menerusi beberapa saluran berbeza beberapa saluran berbeza termasuk pengedar-pengedar OPPO yang sah, kedai konsep OPPO, OPPO Online Store, Lazada, Shoopee, dan rakan telco. Maklumat lanjut, layari OPPO Malaysia.