Computex 2019: Lenovo berkerjasama Dengan Qualcomm Pamer Komputer Riba 5G Pertama Di Dunia – Dijana Oleh Snapdragon 8cx 5G

Syarikat komputer riba terkemuka Lenovo berkerjasama dengan Qualcomm Technologies dan memperkenalkan komputer 5G pertama di dunia yang dikenali sebagai Project Limitless.

Komputer ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8cx 5G Compute Platform, yang merupakan cip set yang pertama menyokong 5G. Ia turut dioperasikan dengan Windows 10. Turut disertakan dengan modem X55 5G.

Untuk makluman Snapdragon 8cx 5G adalah merupakan cip ARM 7nm yang dikatakan mampu menawarkan prestasi yang lebih baik.

Komputer riba ini secara zahirnya kelahiran semula model Yoga C630 namun kini ia disertakan dengan bezel yang lebih nipis. Dijangkakan komputer riba ini bakal menjengah pasaran pada tahun 2020 nanti.

 

You might also like