
Computex 2019: HP VR Backpack G2 Kini Telah Dilancarkan, Kemas Kini Spesifikasi Lebih Berkuasa Dari Model Terdahulu
Computex 2019 pastinya merupakan acara yang ditunggu-tunggu. Pelbagai ciptaan inovatif yang melibat komputer dipamerkan oleh syarikat-syarikat gergasi dunia. HP juga turut tidak melepaskan peluang untuk melancarkan peranti terbaharu daripada mereka iaitu HP VR Backpack G2.
Komputer boleh sandang ini merupakan kemaskini dari model terdahulu HP OMEN X Compact Desktop yang telah dilancarkan pada 2 tahun lalu. Apa yang pasti, model ini tampil kad grafik serta cip yang baharu.

HP VR Backpack G2 dikuasakan oleh Intel Core i7 generasi kelapan serta kad grafik NVIDIA RTX 2080. Peranti ini apabila tidak digalas, ia boleh diletakkan di atas dermaga khas yang membolehkannya berfungsi sebagai desktop.
Ia bakal dijual mulai Julai ini pada harga $3299 (kira-kira 13837).

