EVOS Legends Rangkul Gelaran Juara Di MLBB World Championship 2019 (M1) – Bawa Pulang Hadiah Bernilai Kira-kira RM333,000!

Pasukan EVOS Legends mempamerkan aksi mantap apabila berjaya merangkul gelaran juara di kejohanan MLBB World Championship 2019 (M1), baru-baru ini. EVOS Legends berjaya mengalahkan pasukan RRQ dengan kutipan skor sebanyak 4-3 sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai USD 80,000 (kira-kira RM333,000).

Untuk makluman, MLBB World Championship 2019 (M1) menawarkan hadiah wang tunai sebanyak USD 250,000 untuk direbut. Ia terdiri daripada 16 pasukan utama – termasuk 8 pasukan jemputan daripada Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) dan 8 pasukan terpilih menerusi pusingan kelayakan M1 yang diadakan di seluruh dunia.

Selepas berentap pada pusing saringaN, 8 pasukan teratas kemudiaanya bertarung di peringkat Playoffs yang diadakan pada 15 hingga 17 November lalu bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

You might also like