Pelancaran Rasmi HUAWEI nova 6 5G Ditetapkan Pada 5 Disember 2019 – Peranti High-Level

Siri baharu HUAWEI nova iaitu nova 6 sudah muncul di laman sesawang awal bulan November, namun apa yang menjadi perbualan ramai adalah konfigurasi spesifikasi dalaman padanya yang lebih kepada kelas atasan selain reka bentuk yang tampil premium.

Kini menurut Weibo HUAWEI, tarikh perasmian untuk siri baharu nova 6 telah ditetapkan pada 5 Disember 2019. Sebilangan ciri-ciri menarik akan diumumkan dalam acara tersebut, antaranya sokongan rangkaian 5G yang mesti menjadi isu panas tahun 2020, serta sokongan cip pemproses Kirin 990, RAM 12GB dan bateri 4,000mAh yang menyokong 40W pengecasan pantas.

Fokus utama nova 6 kali ini meletakkan pada kamera swafoto, yang mana ia menyokong ultra wide-angle 105º, auto fokus dan Night Portrait 2.0 yang mampu menghasilkan gambar swafoto berkualiti tinggi.

Sekiranya anda berminat, ikuti kami untuk berita lebih lanjut.

 

 

You might also like