Samsung Mula Menawarkan Gear Sport Di Malaysia – Berharga RM1,299

1084

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan mereka kini sedia menjual jam tangan kecergasan terbaru Samsung Gear Sport ke pasaran tempatan.

Bagi mereka yang suka melakukan aktiviti kecergasan dan memerlukan satu jurulatih mudah alih, jam pintar ini boleh dipertimbangkan. Samsung Gear Sport menawarkan kerangka badan tahan lasak semestinya kalis air pada 5 ATM.

Ia boleh dibawa bersama ketika berenang dan rekaan yang ergonomik juga didatangkan dengan tali mudah ditukar 20mm. Malah pengguna juga boleh memakai jam ini dimana sahaja tidak mengira tempat siang atau malam mengikut warna tali yang bersesuaian.

Jam boleh pakai ini juga berfungsi sebagai alat untuk membalas emel dan pesanan mesej dalam masa sama memantau tahap kecergasan seharian. Selain itu, ia juga boleh disambungkan pada alat IoT Samsung yang lain termasuk pembayaran tanpa tunai Samsung Pay.

Samsung Gear Sport didatangkan dengan pilihan warna biru dan hitam pada harga RM1,299 seunit. Selain itu, pelanggan juga akan menerima tali jam Gear (RM198) dan Collector box edisi terhad (RM299) sah sehingga 31 Disember 2017.