Apa Menarik Huawei Mate 10 & Mate 10 Pro Perlu Korang Tahu?!

5000

Kebanyakan model flagship hari ini menawarkan harga yang agak tinggi, tetapi berlainan pula dengan Huawei apabila memperkenalkan Mate 10 berharga RM2,699. Lebih menarik sebanyak 10 ribu unit telah berjaya dijual secara atas talian di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, tempahan Mate 10 Pro yang berharga RM3,099 juga telah habis terjual hanya satu jam selepas ianya dibuka. Di sini eRing ingin berkongsi 8 ciri-ciri menarik Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro :

1) Warna Pilihan

Adakah warna memainkan peranan penting apabila ingin membeli sesebuah telefon pintar? Huawei Mate 10 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Champagne Gold dan Mocha Brown. Manakala Mate 10 Pro pula hanya menawarkan pilihan warna Midnight Blue serta Mocha Brown sahaja.

2) Tahan lasak

Kebanyakan telefon pintar hari ini menyokong pengiktirafan tahan lasak, begitu juga dengan kedua-dua model ini. Bezanya, Mate 10 menyokong IP53 yang kalis percikan air berbanding Mate 10 Pro dengan sokongan IP67 yang kalis air dan debu.

3) Pengimbas Cap Jari

Kepada yang masih belum tahu, Mate 10 disediakan dengan butang home selaku pengimbas cap jari yang terletak di bawah skrin. Oleh kerana inginkan paparan skrin yang lebih besar, pengimbas cap jari Mate 10 Pro telah dialihkan ke belakang peranti.

4) Paparan Skrin

Huawei Mate 10 menampilkan paparan skrin lebih kecil berbanding Mate 10 Pro iaitu 5.9 inci beresolusi QHD (2560×1440 piksel) dengan nisbah 16.9. Mate 10 Pro pula memiliki skrin FHD+ 2160×1080 piksel dengan nisbah 18:9 bersaiz 6 inci FullView Display. Ia menggunakan paparan OLED berteknologi HDR10 yang menawarkan pengalaman menonton yang lebih imersif.

5) Lensa Penggambaran

Kedua-dua telefon pintar ini menerima sentuhan Leica dengan sensor 20 Megapiksel Monochrome dan 12 Megapiksel RGB. Sensor RGB ini satu satunya yang membawakan ciri penstabilan imej optikal (OIS) dan kedua-dua sensor sedia dengan aperture sebesar f/1.6. Bagi yang suka berswafoto pula, bahagian depan hadir dengan kamera 8 Megapiksel bersama aperture f/2.0.

6) LinkedIn Terbina

Dengan Mate 10 dan Mate 10 Pro, kontak akan terus disimpan di dalam telefon pintar anda dengan adanya sokongan LinkedIn terbina.

7) Sambungan Dock

Istimewanya kedua-dua telefon pintar ini, ia boleh disambungkan ke monitor dengan menggunakan kabel HDMI. Jadi, ia secara tidak langsung memudahkan anda untuk membuat pembentangan di mana sahaja. Lebih menarik, panggilan ataupun notifikasi dari laman sosial tidak akan dipaparkan pada skrin apabila anda membuat pembentangan.

6) Microsoft Transalator

Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro hadir dengan pemproses AI (Artificial Intelligence) yang mampu mengalihkan bahasa dengan begitu pantas malah dengan sokongan NPU pengguna dapat menerima info dan maklumat tanpa sebarang isu. Lebih istimewa, anda boleh menterjemahkan menu dengan mengambil gambar menu tersebut.

“NANTIKAN REVIU EKSKLUSIF DARI ERING!”