
Pra-Tempah LeEco Le Max 2 dengan Sokongan RAM 6GB Kini Mula Diterima Di China
Pada April yang lalu, LeEco Le Max 2 versi 4GB telahpun mula dijual di pasaran terpilih, tetapi nampaknya versi 6GB RAM juga akan mula berada di pasaran apabila pra-tempahan model tersebut sudah mula diterima.
Kini LeEco Le Max 6GB sudahpun boleh ditempah melalui laman web rasmi di China dan dipercayai penghantaran tempahan itu akan bermula dalam tempoh 2 hingga 3 minggu lagi. Apa yang lebih menariknya, model LeEco Le Max ini juga dikatakan akan turut dilancarkan secara rasmi di India pada hari ini 8 Jun.
LeEco Le Max 2 sememangnya mendapat perhatian pengguna kerana ia menawarkan sokongan spesifikasi yang terbaik dengan penggunaan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, paparan skrin 5.7 inci dengan resolusi 2K, kamera 21 Megapiksel yang dilengkapi teknologi OIS, dan juga port USB Type-C dengan sokongan teknologi Quick Charge 3.0.
Alangkah menariknya jika jenama ini turut dibawa masuk ke dalam pasaran tempatan bukan?!