
Netflix Bakal Terima 100 Juta Langganan Dalam Minggu Ini
Pertumbuhan jumlah pelanggan pada Netflix suku tahun kali ini tidak mencapai target mereka, tetapi dijangkakan mereka akan memperoleh hampir 100 juta pelanggan pada hujung minggu ini. Pada tahun ini juga Netflix telahpun menambah sehingga 4.95 juta pelanggan dari seluruh dunia, ini menjadikan pelabur melabur dalam industri hiburan global berkenaan meningkat.
Netflix dilaporkan telah membuat keuntungan sehingga USD178 juta di atas pendapatan USD2.68 billion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berbanding keuntungan bersih USD28 juta di atas pendapatan sebanyak USD1.96 billion dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Jumlah yang agak banyak ini tidak menjadi masalah untuk Netflix melabur USD1 billion lagi untuk tujuan pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan.