
https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/videos/644537346292922/
HUAWEI baru sahaja memperkenalkan generasi baru peranti lipat keluaran mereka menerusi kemunculan HUAWEI Mate Xs, sebentar tadi. Menambah keriangan ramai, nampaknya HUAWEI Malaysa juga berkongsi berita baik dengan mendedahkan HUAWEI Mate Xs bakal tersedia di seluruh negara pada 20 Mac ini.
Pendedahan ini dikongsi menerusi sebuah video pendek berdurasi 30 saat di Facebook rasmi HUAWEI Mobile. Pun begitu, HUAWEI masih berteka teki mengenai harga dan ketersediaan jualan peranti. Jadi sama – sama kita tuggu kemunculannya kelak!