
Mulai 14 Jun, Google Chromecast dan Chromecast Audio versi terbaru sudah boleh didapati secara rasmi di negara ini. Dengan reka bentuk anggun, pelbagai kandungan yang baru dan aplikasi yang dikemaskini untuk mencari hiburan terbaik, Chromecast terbaru akan menjadikan penstriman lebih laju dan senang. Chromecast boleh menukarkan mana-mana TV kepada TV pintar untuk kos yang amat rendah.

Chromecast baru telah dikemaskini dengan rekaan yang memudahkan ia untuk digunakan pada TV yang sarat dengan kabel di bahagian port sambungan. Ia menyokong standard WiFi yang terbaru dan boleh menyelaraskan prestasi mengikut keadaan WiFi yang berubah-ubah di kebanyakan rumah, memastikan kualiti video yang lebih tinggi dengan buffering yang rendah.Selain filem, rancangan-rancangan TV dan muzik juga boleh didapati menerusi aplikasi-aplikasi seperti Netflix, iFlix, Plex, Viki, Google Play dan YouTube. Chromecast juga menawarkan pelbagai permainan yang popular seperti Angry Birds.

Manakala Chromecast Audio pula merupakan peranti terbaru yang boleh dipasangkan pada pembesar suara untuk penstriman radio, podcast dan muzik menggunakan sambungan WiFi. Lebih menariknya, ia berupaya menyokong semua muzik kegemaran anda podcast yang terdapat pada Spotify.Fungsi multi-room juga boleh menyambungkan beberapa speaker yang terdapat di dalam kediaman pengguna. Bahkan aplikasi Chromecast yang telah dikemaskini juga menjanjikan pencarian kandungan dari beribu-ribu aplikasi yang berfungsi dengan Chromecast dengan lebih mudah.
Kedua-duanya akan dijual secara eksklusif di Lazada pada harga RM199
https://www.youtube.com/watch?v=yX6Kkq7hPJY&feature=youtu.be