HUAWEI Terus Mengacah Kehebatan Kamera Siri HUAWEI P30 – Keupayaan Fungsi ‘Super Zoom’

HUAWEI nampaknya penuh dengan kejutan. Menjelang pelancaran, HUAWEI telah pun mengeluarkan beberapa poster penggoda baru yang menunjukkan betapa hebatnya fungsi kamera ‘Super Zoom’ pada siri Huawei P30 – menjanjikan keupayaan penggambaran terbaik.

Memetik poster tersebar, ia jelas menunjukkan keupayaan zoom yang sangat tajam dan juga dilengkapi prestasi pengcahayaan rendah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Pun begitu, setakat ini hanya versi P30 Pro sahaja yang disahkan bakal dengan sistem zoom periskop.

Pada masa sama, HUAWEI turut mula mengeluarkan video penggoda untuk siri tersebut. Apa agaknya kejutan yang bakal di bawa oleh HUAWEI untuk kali ini? Sama-sama kita tunggu 26 Mac ini dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

You might also like