
Tertiris Reka Bentuk Siri HUAWEI Mate 30?! Segi Empat Panjang Bersama 5 Lensa?!
Sejak perkenalkan siri HUAWEI Mate 20 yang mempunyai reka bentuk segi empat di panel belakangnya, turut menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai teknologi terkini yang disokong padanya, termasuk prestasi penggambaran terbaik.
[ 10 Spesifikasi Padu Siri Huawei Mate 20 Yang Pasti Penuhi Keperluan Pengguna ]
Terkini laman sesawang tertiris pula gambar bocor reka bentuk siri Mate 30, yang mana ia masih menggunakan rekaan skrin melengkung dengan takuk kecil di bahagian tepi dan bezel yang sangat nipis.
Khabar angin juga mengatakan Mate 20 Pro akan tampil dengan skrin 6.39 inci bernisbah 19.5:9 Super AMOLED, dan menggunakan cip pemproses Kirin 990 yang lebih mempertingkatkan prestasi AI.
Paling menarik minat adalah rekaan panel belakang siri Mate 30 ini, melalui gambar tertiris ia kini menjadi susunan 2 x 3 di mana sebanyak 5 lensa akan dibekalkan untuk penggambaran. Gabungan ini nampaknya akan menawarkan lebih banyak peningkatan serta teknologi yang tidak dapat disangkakan.
So macam mana? Beli siri P30 ke tunggu siri Mate 30?
_______________________
Artikel Berkaitan:
- HUAWEI Terus Mengacah Kehebatan Kamera Siri HUAWEI P30 – Keupayaan Fungsi ‘Super Zoom’
- Zon Perbandingan : Samsung Galaxy S10+ / HONOR View20 / HUAWEI Mate 20 Pro / iPhone XS Max
- Rebut Peluang Menang Pass Eksklusif Ke Pelancaran siri HUAWEI P30 Di Paris


