Boost Bekerjasama Dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Bagi Mewujudkan ‘Kampus Tanpa Tunai’

Dari kiri : Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Professor Dr. Azlan Abd Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif Zen Trillion Sdn Bhd, Encik Dick Hilmi Dato Hassan.

Boost App, aplikasi dompet elektronik (e-wallet) yang dibangunkan oleh Axiata Digital telah mengumumkan kerjasama bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk mewujudkan ‘Kampus Tanpa Tunai’ di negara ini.

Seramai 25,000 orang pelajar dan kakitangan UTM Kuala Lumpur dan Skudai yang boleh menggunakan aplikasi e-wallet sebagai kaedah pembayaran bagi semua urusniaga pembelian dalam kampus. Inisiatif tersebut menawarkan pelajar gaya hidup digital yang lebih menyeronokkan dengan membenarkan pembelian yang lebih mudah, pemindahan wang, tambah nilai serta memberi cenderahati digital.

Pengguna Boost App boleh melakukan pembayaran di mana-mana peniaga terpilih sama ada di cawangan fizikal atau dalam talian dari peniaga pasar malam sehingga ke pembelian di trak makanan, dengan menggunakan aplikasi ini sahaja.

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Boost App sekarang!

You might also like