
HARGA: RM 1,799
ASUS telah melancarkan ZenPad 3S 10 LTE (Z500KL), sebuah tablet Android yang direka dengan casis aluminium berketebalan 5.8mm dan mempunyai paparan 9.7 inci QXGA 2K (2048 x 1536 piksel).
ZenPad 3S 10 LTE adalah sebuah tablet mudah alih berteraskan hiburan, ia dilengkapi teknologi ASUS Tru2Life yang memberikan paparan sinematik terbaik dan juga sistem audio 7.1 channel yang amat lantang dan jelas. ZenPad 3S 10 LTE juga merupakan tablet ASUS yang pertama dilengkapi sensor cap jari yang memberikan kawalan keselamatan terbaik di samping memberikan akses pantas kepada pemilik.
FIZIKAL
Skrin 9.7 Inci 2K
Berbeza dengan tablet yang ada di pasaran sekarang, menariknya ZenPad 3S 10 LTE adalah ia menampilkan paparan skrin berukuran 9.7 inci dengan teknologi beresolusi 2K (2048 x 1536 piksel).
Lebih istimewa, tablet ini menyokong teknologi ASUS Tru2Life+ yang mana memaparkan level kontras sehingga 200%.
Kamera
Sedikit mengecewakan apabila ZenPad 3S 10 LTE hanya dibekalkan dengan kamera utama 8 Megapiksel tanpa sokongan LED flash.
Namun begitu, kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel telah dilengkapi dengan sokongan mod Beautification yang boleh dilaraskan serta kebolehan merakam video HD penuh.
Slot Kad
Penyediaan dua slot kad SIM terletak pada bahagian sisi kiri kerangka, di mana ia menyokong kad hibrid jenis nano SIM. Jika anda ingin menggunakan kad microSD dengan sokongan sehingga 32GB, anda boleh memasukkannya pada slot kad SIM kedua.
Apa yang lebih istimewanya, kedua-dua kad SIM ini boleh mengakses rangkaian Internet 4G LTE.
Port USB Type-C & Audio
Pada bahagian bawah kerangka seperti biasa kelihatan penyediaan port USB Type-C yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 berada di bahagian tengah.
Bersebelahan kiri dan kanannya pula kelihatan lubang speaker yang mampu menghasilkan audio berkualiti dengan adanya teknologi DTS X 7.1 Surround sound.
APA YANG COOL?!
Paparan Landskap
Berlainan dengan tablet yang diperkenalkan sebelum ini, salah satu keistimewaan dapat dilihat pada ZenPad 3S 10 LTE adalah kebolehan memaparkan homescreen dan juga menu di dalam gaya landskap.
Ini secara langsung memudahkan pengguna untuk membuat kerja mahupun perbentangan dengan menyambungkan peranti ini pada LCD memandangkan ia menyokong mod landskap.
Permainan Mudah Alih
Bagi yang gemar bermain permainan mudah alih di dalam telefon pintar, ZenPad 3S 10 LTE boleh dipertimbangkan. Selain dibekalkan dengan RAM sebesar 4GB, ia turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 650.
Kami telah cuba bermain beberapa permainan padanya, ternyata ZenPad 3S 10 LTE mampu memaparkan grafik yang sangat lancar. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda bermain permainan mudah alih di dalamnya.
Audio
ASUS ZenPad 3S 10 LTE pastinya digemari oleh golongan audiophile kerana tablet ini memfokuskan kepada sokongan audio. Ia menyokong teknologi NXP Smart Amplifier, selain sokongan audio sehingga 7.1 Surround Sound.
ASUS memberitahu, pengguna mendengar audio berkualiti tinggi melalui tablet ini sehingga audio 192kHZ, 24-bit, ditambah dengan adanya dua buah speaker yang terletak di bawah tablet.
Pemain Video
Paparan skrin yang besar secara tidak langsung memberi keseronokan kepada pengguna untuk menonton video kegemaran. Memandangkan ZenPad 3S 10 LTE boleh membuat rakaman video HD penuh dalam format 1080p, jadi tidak menjadi masalah untuk anda memainkan semula apa sahaja video berdefinisi yang sama.
Walaupun pemain video yang disokong oleh ZenPad 3S 10 LTE tidak boleh diedit, tetapi anda masih boleh berkongsi dengan rakan-rakan di laman sosial.
Penggambaran
Sepertimana tablet kelas pertengahan yang lain, ZenPad 3S 10 LTE juga dibekalkan dengan penggambaran utama beresolusi 8 Megapiksel tanpa bantuan LED flash.

Namun begitu, ia hadir dengan pelbagai pilihan mod seperti HDR, Beautification, Selfie, Smart Remove, Slow Motion dan beberapa lagi.


Manakala penggambaran swafoto beresolusi 5 Megapiksel pula menyokong mod Beautification serta Selfie Panorama untuk penggambaran swafoto secara berkumpulan.
HASIL GAMBAR

ZON UJIAN
UJIAN 1 : PERBANDINGAN HARGA & SPESIFIKASI
Kepada mereka yang bercadang untuk membeli sebuah tablet, perkara utama yang sering dilakukan oleh pengguna sudah tentunya dengan membandingkan beberapa model yang dijual pada harga setanding mahupun lebih murah di pasaran.
Jadi bagi membantu pengguna di luar sana untuk membuat keputusan, kami telah membandingkan ASUS ZenPad 3S 10 LTE dengan dua model lain yang menawarkan harga lebih kurang sama iaitu Huawei MediaPad M3 serta Samsung Galaxy Tab A (2016).
UJIAN 2 : BENCHMARK
UJIAN 3 : PENGECASAN PANTAS [QUICK CHARGE 3.0]
Selain dibekalkan dengan bateri sebesar 7800mAh yang mampu bertahan seharian, ASUS ZenPad 3S 10 LTE juga menyokong fungsi penjimatan bateri yang dikenali sebagai Power Saver.
Lebih menariknya, masa mengecas juga terasa jauh lebih pantas dengan adanya sokongan pengecasan pantas yang dikenali sebagai Quick Charge 3.0, di mana mampu mengecas dari 2% hingga 100% dalam masa kurang daripada 4 jam dan mampu bertahan sehingga 16 jam.
- ASUS ZenPad 3S 10 LTE mula dicas apabila bateri hanya tinggal 2%.
- Selepas 30 minit dicas, peratusan bateri naik sebanyak 42%.
- Selepas 60 minit dicas, bateri tablet ini meningkat sebanyak 52%.
- Masa yang diambil untuk mengecas penuh ASUS ZenPad 3S 10 LTE adalah selama 3 jam 50 minit.
KOMEN
ASUS ZenPad 3S 10 LTE boleh dikatakan ia tablet pilihan yang baik untuk dimiliki. Ia menampilkan paparan skrin berukuran 9.7 inci dengan teknologi beresolusi 2K (2048 x 1536 piksel), dibekalkan dengan bateri sebesar 7800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Malah kehadiran paparan skrin yang besar memberi kepuasan kepada pengguna sama ada ketika menonton video mahupun bermain permainan mudah alih, ditambah dengan bateri yang besar pula mampu bertahan sehingga 16 jam tanpa henti.
Lebih istimewa lagi, kualiti audio yang dihasilkan oleh ZenPad 3S 10 LTE sangat berbeza dengan tablet yang ada di pasaran hari ini kerana memfokuskan kepada golongan audiophile. Ia menyokong teknologi NXP Smart Amplifier, selain sokongan audio sehingga 7.1 Surround Sound yang mampu menghasilkan berkualiti tinggi melalui tablet ini sehingga audio 192kHZ, 24-bit, ditambah dengan adanya dua buah speaker yang terletak di bawah tablet. Namun begitu, ketiadaan fungsi pengimbas cap jari pada tablet ini agak mengecewakan memandangkan harganya pun bukanlah murah.









