
GP Batteries baru-baru ini telah memperkenalkan bateri tambahan milik mereka yang dikenali sebagai GP x Smiley Special Edition PowerBank yang tampil dengan ukuran 112 x 63 x 13.5mm dan seberat 135g.

Menariknya bateri tambahan ini, ia menampilkan lima rekaan menggunakan emoji di antaranya Smiley Face, Sungglasses, Heart Eye, Yummy Face dan Illusion. Selain menyediakan satu port port microUSB sahaja dengan output 5V DC 2.1A dan input 5V DC 1A yang boleh turut menawarkan kapasiti bateri Lithium Polymer sebesar 5200mAh.

Masa yang diambil untuk mengecas smartphone adalah 1.5 jam dan mengecas semula bateri tambahan ini pula 7.5 jam. Untuk memudahkan pengguna mengetahui status bateri yang ada, terdapat sebuah butang ON/Power serta empat lampu LED yang akan memberitahu status bateri GP x Smiley Special Edition PowerBank yang tinggal.
UJIAN!!
Editor sendiri telah cuba mengecas smartphone Asus ZenFone Selfie menggunakan bateri tambahan GP x Smiley Special Edition PowerBank. Sebelum mengecas, bateri hanya tinggal 30% sahaja. Selepas satu jam mengecas, bateri naik dari 30% ke 61%.
Tertarik dengan GP x Smiley Special Edition PowerBank ini? Cepat menangi power bank ini secara percuma!! Sertai peraduan sekarang juga!