Sensor Cap Jari Di Bawah Panel Gelas Semakin Hampir

headerSynaptics telah mengumumkan sensor cap jari optik terbaru yang menawarkan fungsi imbasan cap jari untuk telefon pintar dan tablet melalui panel gelas.

Sensor terbaru, yang dikenali sebagai Synaptics FS9100 menampilkan perbezaan yang ketara berbanding pengimbas konvensional, ia membolehkan pengguna menggunakan sistem keselamatan cap jari tanpa perlu meletakkan jari pada pengimbas fizikal, sebaliknya anda cuma perlu menempatkan jari anda pada bahagian panel gelas yang juga sebahagian dari unit paparan. Selain itu, Synaptics berkata bahawa FS9100 juga kalis air, kalis calar dan tahan lebih lama daripada sensor fizikal terdedah.

Pengumuman ini jelas akan membawa perubahan kepada cara kita menggunakan smartphone selepas ini. Pihak pengeluar pula pastinya akan bereksperimentasi dan dengan ketiadaan butang fizikal untuk sensor cap jari, kami rasa lebih ramai pengeluar akan mula menghasilkan peranti dengan paparan tanpa bingkai.

 

You might also like