Apple AirPods Akhirnya Mula Dijual, Dengan Penghantaran Mengambil Masa Dua Minggu

1

Ketiadaan audio jack pada iPhone 7 sudah dikomentasikan cukup banyak dan langkah berani Apple menerima pelbagai reaksi dari pengguna, ada yang tidak gembira dan ada juga yang sudah bersedia untuk menerima revolusi tersebut. Apple juga menjanjikan sebuah peranti audio yang hebat bagi menarik pengguna menggunakan iPhone 7, tetapi pada harga yang sangat-sangat tinggi.

mmef2Harga AirPods sudah diumumkan sedikit masa yang lalu, namun pelancarannya ditangguhkan kerana Apple memerlukan sedikit masa sebelum menjualnya kepada pengguna. Kini Apple AirPods sudah sedia dijual dan ia ditawarkan secara serta merta kepada semua pengguna di seluruh dunia. Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan Apple AirPods pada harga RM849 dari stor atas talian Apple. Tempoh penghantaran AirPods dijangka akan mengambil masa dua minggu dari tarikh pembelian.

You might also like