
Smartphone Terbaru LG Bakal Dipamerkan Pada CES 2017
Tinggal beberapa minggu lagi acara CES 2017 akan dilangsungkan di Las Vegas. Acara yang menghimpunkan pihak pengeluar, pembangun dan juga peminat teknologi ini merupakan indikasi paling dekat tentang hala tuju produk teknologi masa hadapan. Kebiasaannya di dalam acara CES, pengeluar akan mempamerkan peranti yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan besar kemungkinan kita akan dapat melihat 4 smartphone terbaru dari LG.
Menurut beberapa laporan, smartphone terbaru LG yang akan diperkenalkan bukan di dalam kelas flagship, sebaliknya disasarkan kepada pengguna yang mahu sebuah peranti smartphone kelas asas. Model yang dimaksudkan adalah:-
- K3 – 4.5 inci, kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 2MP, bateri 2100mAh.
- K4 – 4.7 inci, kamera belakang 8MP dan kamera hadpan 5MP, bateri 2500mAh.
- K8 – 5.0 inci paparan HD, kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP, bateri 2500mAh.
- K10 – 5.3 inci paparan HD, panel gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang , kamera 5MP wide angle, kamera hadapan, pengesan cap jari.
Di samping itu, LG mendedahkan terdapat satu lagi model baru dikenali LG X Calibur yang akan menjadi salah satu agenda mereka di CES. Ia merupakan telefon pintar lasak dengan kelas rintangan habuk dan air IP68, ia juga mempunyai bateri berkapasiti 4100mAh. LG X Calibur dijangkakan akan mula dijual sekitar bulan Mac.