
vivo Z1 Pro Diperkenal – Sokong Snapdragon 712 + Tiga Kamera Utama + Bateri 5,000 mAh
vivo secara rasminya memperkenalkan vivo Z1 pro dalam acara pelancaran yang berlangsung di India sebentar tadi. Disajikan dengan kemasan mengagumkan, ia dilihat menyertakan sejumlah spesifikasi yang pastinya penuhi keperluan ramai masa kini.
vivo Z1 Pro membawakan skrin bersaiz 6.53″ dengan resolusi FHD+ bersama nisbah aspek 19.5:9. Nisbah skrin-ke-badan adalah sebanyak 90.77%. Peranti ini didatangkan dengan rekaan paparan berlubang dan menyertakan sokongan 3D curved. Menariknya, vivo Z1 Pro mempunyai UI yang lebih baik dengan sokongan dark mode untuk seluruh sistem.
Enjin dalaman peranti dikuasakan oleh chipset Snapdragon 712 AIE (10nm) dan dibantu oleh GPU Adreno 616. Selain itu, ia turut dibantu ketersediaan memori sehingga 6GB RAM serta storan dalaman sehingga 128GB. Ciri menarik lain termasuk Multi Turbo, Ultra Game Mode dan Getaran 4D untuk pengalaman yang lebih baik.
Untuk penggambaran, vivo Z1 Pro mempunyai persediaan tiga kamera utama denga resolusi 16MP (f / 1.78) ( Sony IMX499) + 8MP (ultra- lebar : 120 darjah) + 2MP (depth). Pada masa sama, turut terdapat persediaan kamera 32MP untuk kamera swafoto.
Melengkapinya, bateri berkapsiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan cepat 18W. Tersedia dalam tiga warna menarik seperti Mirror Black, Sonic Black dan Sonic Blue, vivo Z1 Pro ditawarkan di pasaran India pada harga berikut :
- vivo Z1 Pro (4GB + 64GB) – Rs. 14,990 (~RM901)
- vivo Z1 Pro (6GB + 64GB) – Rs. 16,990 (~RM1,021)
- vivo Z1 Pro (6GB + 128GB) – Rs. 17,990 (~RM1,081)