[Tertiris]: Siri HUAWEI Mate 30 Bakal Dilancarkan Pada 19 September Ini? – Tampil Dengan Pemproses Kirin 990

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar-sabar menantikan ketibaan peranti perdana terbaharu dari HUAWEI iaitu siri HUAWEI Mate 30. Menurut laporan daripada High-tech Mail.ru, siri HUAWEI Mate 30 ini bakal dilancarkan pada 19 September di Eropah.

Berkemungkinan tarikh ini adalah benar kerana ia diluahkan oleh Presiden Pengguna Perniagaan Perisian HUAWEI, Dr Wang Chenglu.

Dalam maklumat yang tertiris itu, peranti ini bakal tampil dengan pemproses yang baharu iaitu Kirin 990. Ia juga dikhabarkan akan disertakan dengan modem 5G yang terbina. Ia juga dikatakan bakal menjalankan EMUI 10 berdasarkan Android Q.

Menurut maklumat yang tertiris pada ketika ini, Mate 30 Pro bakal tampil dengan saiz paparan 6.7 inci AMOLED. Menariknya ia dikatakan bakal tampil dengan kadar segar semula 90Hz.

Ia juga bakal tampil dengan kapasiti bateri 4000mAh dan pengecasan 55W. Ia juga dikatakan bakal tampil dengan pengecasan tanpa wayar 25W.

Jadi sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi tarikh perasmiannya.

______________________________

Artikel Berkaitan: 

You might also like