
[Tertiris]: Rekaan HUAWEI Mate 30 Lite Terdedah, Persis HUAWEI Mate 20X Dengan Sistem 4 Kamera
Demam menantikan siri peranti terbaharu HUAWEI Mate 30 pastinya sangat dinantikan oleh peminat jenama ini. Siri ini dikatakan akan dilancarkan sekitar Oktober namun melalui satu maklumat tertiris, gambar salah satu peranti dari siri ini iaitu HUAWEI Mate 30 Lite telah terdedah.
Bukan hanya gambar, tetapi beberapa spesifikasi peranti ini dilihat turut tertiris. Bakal tampil dengan skrin 6.26 inci dan hadir dengan skrin berlubang di bahagian atas sebelah kiri. Turut dikatakan bakal dipadankan memori yang baik iaitu 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.
Menurut maklumat tersebut, peranti ini turut dihadirkan dengan 4 kamera iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Turut tampil dengan kapasiti bateri sebesar 3900mAh.
Turut dipercayai peranti ini akan dipasarkan di China dan dikenali sebagai HUAWEI Nova 5i Pro. Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini yang bakal menjengah pasaran.

