ASUS ROG Phone 2 Diperkenal – Sokong Snapdragon 855 Plus + Bateri 6,000 mAh + Memori 12GB RAM!

WOWW WOWW WOWW! Kini pendatang baru yang ditunggu-tunggu telah tiba! ASUS ROG Phone 2 akhirnya diperkenal secara rasmi! Spesifikasi yang didatangkan cukup berkuasa di samping sejumlah penambaikan menarik pastinya memukau setiap yang memilikinya.

Sumber : Weibo

ASUS ROG Phone 2 dibina dengan paparan bersaiz 6.59″ AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan masa respon 1ms. Paparannya juga turut dilapisi Corning Gorilla Glass 6 sebagai pelindung utama. Ia juga menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Sumber : Weibo

Enjin dalaman dikuasakan oleh cip Snapdragon 855 Plus dan dibantu memori 12GB RAM bersama storan dalaman 512GB ROM (storan berasaskan UFS 3.0). Untuk kamera, ASUS ROG Phone 2 didatangkan dengan persediaan dwi kamera utama : 48MP (sensor IMX586 Quad Bayer) +13MP dan kamera swafoto sebesar 24MP.

Sumber : Android Central
Sumber : Android Central

Salah satu titik utama ASUS ROG Phone 2 terletak pada kapasiti bateri – 6,000 mAh dengan pengisian HyperCharge 30W. Sistem operasi digunakan adalah ROG UI berasaskan Android 9.0 Pie. Ketika artikel ini ditulis, harga jualan rasmi masih belum diumumkan – ia dijangka diumumkan esok. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like