
HONOR kini hadir dengan kempen menarik, Rileks, Beli Je! – di mana menawarkan jaminan waranti selama dua tahun untuk setiap pembelian model terpilih – Antaranya, HONOR View20, HONOR 20, HONOR 20 Lite dan HONOR 20 Pro. Kempen berlangsung bermula SEKARANG hingga 30 September 2019.

Penebusan waranti ini boleh dibuat menerusi aplikasi HiCare dan ia akan memberikan perlindungan menyeluruh – termasuk kos pembaikan dengan piawaian penyenggaraan rasmi HONOR dan 100% alat ganti tulen.
HONOR juga menawarkan promosi khas – sebagai tanda penghargaan kepada peminat atas sokongan padu. Menariknya promosi kali ini, HONOR View 20 (8GB + 256GB) boleh dimiliki pada harga RM1,999 (harga asal : RM 2,499). Manakala, HONOR 20 Lite pula berharga RM899 sahaja (harga asal : RM949)! Tidak terhenti di situ, HONOR turut menawarkan banyak lagi promosi hebat lain! Lihat gambar di bawah :
Promosi ini bakal tamat pada 31 Julai 2019! Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan! Inilah masanya untuk korang rebut peluang dapatkan promosi luar biasa ini, lebih-lebih lagi dah nak dekat gaji – sememangnya waktu yang sangat SESUAI LAH! Maklumat lanjut, layari HONOR Malaysia.

