
Black Shark 2 Pro Sokong Snapdragon 855 Plus – Diperkenal Secara Rasmi Pada 30 Julai 2019!
Semakin sengit…Sejak kemunculan cip Snapdragon 855 Plus, nampaknya pengeluar telefon pintar dilihat berlumba-lumba menghasilkan smartphone yang ‘dibungkus’ dengan cipset tersebut.

Terbaru, pihak Xiaomi dikatakan telah pun mengacah kehadiran satu lagi model baharu iaitu Black Shark 2 Pro. Memetik imej penggoda yang dikongsi menerusi laman Weibo, Black Shark 2 Pro bakal diperkenal secara rasmi pada 30 Julai 2019 di China.
Paling menarik perhatian, peranti ini juga dikatakan telah muncul di platform penanda aras Geekbench dengan kod nama “blackshark DLT-A0” – penyenaraian mendedahkan ia dibekalkan dengan cipset Snapdragon 855 Plus dan sokongan 12GB RAM.

Penyenaraian juga mendedahkan, peranti ini dilihat mencatatkan 3,623 mata dalam ujian satu teras dan 11,367 mata pula untuk ujian pelbagai teras (skor sedikit tinggi berbanding ASUS ROG Phone 2). Seperti biasa, sama-sama kita tunggu kejutan selanjutnya.

