
Acer baru-baru ini melancarkan sebuah tablet pendidikan yang pertama menggunakan Chrome OS yang dinamakan Acer Chromebook Tab 10 (D651N). Acer mensasarkan tablet ini dijual dan diberikan kepada golongan kanak-kanak yang sering melakukan kerja-kerja berkaitan pembelajaran.
Acer Chromebook menyertakan paparan 9.7-inci IPS QXGA (2048 x 1536p) dengan berat keseluruhan 550g dan ketebalan hanya 9.98mm. Ia juga didatangkan dengan pen stylus Wacom EMR yang dicipta untuk memberi ketepatan dalam melakar, melukis, dan menulis nota. Dikuasakan cip pemproses OP1 Cortex-A72 dua-teras dan Cortex-A53 lapan-teras, tablet ini mampu memberikan masa penggunaan sehingga 9 jam dalam sekali pengecasn.
Selain itu, memori RAM yang dimuatkan ialah 4GB dan storan seluas 32GB hadir bersama teknologi WiFi 2×2 MIMO, serta Bluetooth 4.1 Kelengkapan lain antaranya sokongan kad mikroSD, bicu audio, dan bicu USB-C.
Acer Chromebook juga boleh dijadikan sebagai platfom kepada para pelajar dalam mempelajari bagaimana realiti-gabungan (AR) berfungsi di dunia sebenar melalui teknologi Google AR.
Acer Chromebook Tab 10 (D651N) mula dijual di pasaran Malaysia pada bulan Mei nanti pada harga USD329 (kira-kira RM1,273) seunit.