Reviu Eksklusif: Tronsmart U5TF Titan Plus 90W, Pengecas Dekstop Dengan Sokongan QC3.0

HARGA: RM209

Sudah banyak pengecas desktop dikeluarkan oleh pelbagai syarikat, tetapi mencari pengecas yang benar-benar berkualiti sangat sukar. Tronsmart, satu nama baru di pasaran tempatan dengan bangganya telah memperkenalkan produk terbaru dengan sokongan teknologi Quick Charge 3.0 dan VoltiQ, iaitu U5TF Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger.

Dengan jumlah output sebanyak 90W, pengecas meja Tronsmart U5TF Titan Plus mempunyai 5 port pengecas USB-A yang menyokong teknologi pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0. Ingin mengetahui apa kelebihan produk ini, mari lihat reviu penuh dari kami!

 

SPESIFIKASI

  • Model: U5TF
  • Teknologi: Qualcomm Quick Charge 3.0, VoltiQ, Huawei FCP
  • Input: AC 100-240V, 50-60Hz, 2.4A (Maksimum)
  • Output: Maksimum 5-6.5V/3A, 6.5-9V/2A, 9-12V/1.5A; 5V/2.4A
  • Kuasa total: 90W
  • Material: PC
  • Dimensi: 159 x 81 x 29mm / 300g
  • Warna: Hitam
  • Persijilan: CE, FCC, RoHS

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

REKA BENTUK

Tronsmart U5TF Titan Plus ialah sebuah pengecas desktop yang menampilkan rekaan sedikit besar kerana menyediakan sehingga 5 buah port USB-A, tetapi ianya masih lagi ringan untuk di bawa ke mana sahaja.

Menampilkan rekaan sebesar telefon pintar yang menawarkan pilihan warna hitam sahaja.

 

Menyediakan 5 buah port USB – setiap satu mampu menyalurkan kuasa sebanyak 18W. Jika digunakan serentak, ia penyalurkan kuasa penuh sebanyak 90W.

 

Pada bahagian belakang tersedia dengan sebuah port untuk sambungan kuasa serta butang kuasa.

 

Tidak menjadi masalah untuk mengecas banyak peranti kerana pengecas ini boleh dicas sehingga 5 peranti serentak.

 

Sokong lampu LED untuk memudahkan anda mengetahui peranti sedang dicas ataupun tidak.

 

INFO!!!
Apa itu VoltiQ?

VoltiQ adalah teknologi pengecasan yang dapat mengenal pasti peranti serta tahap kuasa yang diperlukan untuk setiap peranti yang bersambung dengan pengecas. Ia akan menyalurkan kuasa maksimum yang mampu ditanggung oleh peranti-peranti tersebut. Secara ringkasnya, setiap port yang tersedia secara ‘bijak’ mengenalpasti peranti yang disambungkan dan menyalurkan kelajuan pengecasan yang paling cepat kepada peranti anda.

 

CIRI-CIRI MENARIK

Tronsmart U5TF Titan Plus boleh mengesan peranti yang tersambung untuk mengecasnya dengan teknologi VoltiQ dan juga menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei FCP.  Untuk peranti biasa, ia boleh mengecas dengan output maksimum 2.4A dan juga perlindungan pelbagai lapisan untuk memastikan peranti anda selamat.

Jangan risau mengenai ciri-ciri keselamatan peranti ini kerana ianya telah dilindungi dari lebihan voltan, lintar pintas, suhu terlampau panas dan juga hadir dengan waranti selama 24 bulan.

 

UJIAN PENGECASAN

Memandangkan peranti ini telah berada di tangan kami, rasa rugi pula kalau tidak mencubanya sendiri kan? Jadi, kami telah cuba mengecas beberapa peranti menggunakan U5TF Titan Plus ini, di antaranya adalah iPhone 8 Plus, ASUS ZenFone 4 Selfie Pro, Huawei nova 2 Lite, Xiaomi Mi A1 dan Neffos C7. Mari kita lihat keputusannya!

iPhone 8 Plus
iPhone 8 Plus
ASUS ZenFone 4 Selfie Pro
ASUS ZenFone 4 Selfie Pro
Neffos C7
Neffos C7
Xiaomi Mi A1
Xiaomi Mi A1
Huawei nova 2 Lite
Huawei nova 2 Lite

 

RUMUSAN

Sama ada anda mengecas sebanyak 5 buah telefon pintar serentak ataupun berasingan, U5TF Titan Plus tetap akan menyalurkan kuasa yang sama pada semua peranti yang dicas. Dengan teknologi tersedia, anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas peranti. Tambahan lagi, lindungan dari lebihan voltan, lintar pintas dan suhu terlampau panas menjanjikan penggunaan yang lebih selamat pada Tronsmart U5TF Titan Plus ini.

 

You might also like