Pra-Tempah vivo V9 Dan Dapatkan Hadiah Eksklusif

Pelancaran vivo V9 di Malaysia telah berlangsung awal minggu ini. Kemunculan vivo V9 di pasaran tempatan telah menarik minat orang ramai dimana ia dijual pada harga yang berpatutan. Selain itu, peranti ini turut membawakan perubahan drastik daripada segi rekaan luaran yang menampilkan skrin penuh di depan mengikut trend masa kini.

Mulai sekarang hingga 30 Mac 2018, pra-tempahan vivo V9 boleh dibuat di mana-mana kedai atas talian seperti Lazada, 11street, Shopee, Lmall, PG Mall, atau kedai fizikal yang mengambil bahagian seperti Harvey Norman, SenQ, SenHeng, ALL IT, Thundermatch dan Courts yang boleh dibayar secara ansuran (bagi yang layak).

Sepanjang tarikh promosi, setiap pra-tempahan akan menerima jaminan tambahan selama 6 bulan serta hadiah kotak misteri V9.

Bagi pelanggan yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kedai-kedai yang disebutkan tadi, mereka boleh terus ke mana-mana cawangan Aeon seluruh Malaysia atau Pasar Raya LuLu, Kuala Lumpur.

You might also like