
Seperti kebiasaan pada setiap kali Ramadan tiba, umat manusia akan mula memenuhi bazaar Ramadan bagi mencari juadah untuk berbuka puasa. Sudah menjadi kelaziman apabila transaksi pembelian dilakukan menggunakan tunai.
Uniknya di bazaar kampung Baru, Kuala Lumpur ialah TNG Digital telah mengumumkan bahawa pembayaran tampa tunai menerusi ‘Kampong Kashless Ramadan Bazaar’ menerusi e-Wallet yang mana ia ditawarkan di 400 buah gerai.

Lebih menarik lagi, ia turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengguna seperti ‘Ketupat Runtuh’ yang mana pengguna berpeluang memenangi wang tunai RM1,0000,000 dari 50000 pekedai yang terlibat apabila anda berbelanja menggunakan Touch n Go eWallet.
Bagi pembayaran minimum RM5, anda berpeluang untuk membawa pulang wang sehingga Rm1000 bermula dari 4 Mei sehingga 30 Jun 2019. Antara promosi lain yang turut dijalankan ialah ‘Kuching Kashless Rekome’, ‘Katch Kucing Kashless’ serta ‘Hadiah Extra Sempoi’.
Dalam pada itu, TNG turut berkolaborasi bersama Kechara Soup Kitchen bagi mengelakkan pembaziran. Lebihan makanan di Bazaar akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang TNG Digital.

