
Robi merupakan robot pertama di dunia yang mampu berinteraksi dengan manusia di dalam bahasa Manglish (Malaysian English). Robot ini dilancarkan oleh DeAgostini dan boleh didapatkan dengan mengumpul bahagian-bahagian robot yang dijual bersama-sama 70 siri majalah.
Di dalam majalah ini, pembeli akan mendapatkan komponen tertentu Robi, arahan pemasangan dan juga informasi penting untuk mereka mengenali Robi dan teknologinya bagi memahami dengan lebih mendalam lagi bagaimana Robi berfungsi.
Dengan menggunakan teknologi robotik yang hebat dari Jepun, Robi telah pun menjadi robot humanoid yang sangat popular di serata dunia. Robi mampu berkomunikasi dengan manusia, melontarkan emosi melalui warna mata, menyanyi, menari dan juga mengawal peranti pintar di rumah. Bagi versi di Malaysia, Robi sudah pun diprogramkan untuk bercakap di dalam bahasa Malaysia, Mandarin dan juga Inggeris.
Isu pertama Robi kini dijual pada harga istimewa RM 24.90, manakala harga jualan biasa bagi isu-isu selepas ini adalah RM 74.90 dan anda boleh mendapatkannya dari 7Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jason’s Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH bookstore, myNEWS.com, Pansing, POPULAR, RadioShack, Times dan WHSmith. Selain itu anda juga boleh mendapatkannya secara atas talian ROBI.



