SanDisk iXpand Mini Flash Drive, Peranti Storan untuk iPhone Anda

Western Digital Corporation baru sahaja memperkenalkan SanDisk iXpand Mini Flash Drive, sebuah peranti storan mudah alih yang menawarkan pengguna storan tambahan bagi menyimpan fail-fail seperti gambar, muzik, video dan lain-lain pada iPhone atau iPad anda.

SanDisk iXpand Mini Flash Drive dilengkapi penyambung Lightning dan USB 3.0 yang mampu memindahkan fail dengan pantas. Pemacu flash ini mempunyai reka bentuk yang moden dan kompak, selain mempunyai variasi kapasiti yang pelbagai sehingga 128GB.

SanDisk iXpand Mini Flash Drive juga menampilkan aplikasi iXpand Drive yang sudah dikemas kini dengan ciri-ciri baru yang akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Aplikasi ini kini mempunyai fungsi kamera jadi pengguna boleh merakam dan menyimpan gambar atau video terus ke pemacu dan bukannya pada peranti iPhone atau iPad mereka. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk secara automatik membuat sandaran kandungan dari iPhone atau iPad mereka, dan juga muzik main semula dalam aplikasi.

SanDisk iXpand Mini Flash Drive hadir bersama jaminan terhad selama dua tahun. Ia boleh didapati dari stor jualan atas talian Lazada.

Harga Jualan
  • 16GB : RM 129
  • 32GB : RM 159
  • 64GB : RM 219
  • 128GB : RM 349

 

 

You might also like