

Pengedar tunggal Garmin, Aeco Technologies (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini telah mengemaskini koleksi jam tangan GPS siri Fēnix terbaru di Malaysia. Generasi terbaru siri Fēnix ini hadir dengan tiga variasi berbeza, di mana Fēnix 5 memiliki diameter muka 47mm, Fēnix 5S 42mm dan juga Fēnix 5X pula berdiameter 51mm.

Memfokuskan kepada pengguna yang aktif, ketiga-tiga model ini menawarkan ciri-ciri menarik seperti sensor untuk mengesan kadar degupan jantung, sambungan Bluetooth, GPS, digital kompas dan beberapa lagi.

Keistimewaan model Sapphire adalah ia menyokong sambungan WiFi yang memudahkan anda. Garmin yang sememangnya terkenal dengan peranti GPS terbaik, turut menyediakan fungsi ini pada jam tangan ini. Selain menawarkan masa penggunaan yang lama, kami pasti anda akan berpuas hati dengan jam tangan terbaru keluaran Garmin ini.

Perbezaan Spesifikasi